"Extra Delicious "

Wednesday, 17 July 2013

Perihal Krim Putar atau Whipping Cream

Whipping Cream atau krim putar ini ada dua macam – Non-Dairy Whipping Cream dan juga Dairy Whipping Cream. Perbezaan diantaranya adalah kandungan lelemak (fats content) yang ada didalamnya. Untuk menghias kek sebaiknya menggunakan Non-Dairy Whipping Cream.
UPDATE 22 MAY 2011: More info in Citarasawan's blog (kak Wan).
1) Non-Dairy Whipping Cream @ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream
Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 1C atau 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. [citation]

Cara guna:
Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika tak cukup maka boleh tambah gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim (yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi. Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus (seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu saja).

Mewarnakan:
Jenis non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk 'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
Penyimpanan:
Krim yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus digunakan. [citation] Bergantung kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right yang biasa saya gunakan) Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain. Jenama yang disebutkan di atas adalah halal, insyaAllah.
Harga:
Dan bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan untuk paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding yang lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping', 'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan.

Presto Toppin' Pride Ready to Whip Topping (picture courtesy of Google)
Vivo Topping Ace keluaran Singapore (picture courtesy of Google)

Value Pride Ready To Whip Topping (picture courtesy of Google)

Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries (picture courtesy of Google)

Rich's Whip Topping (Gold Label) (picture courtesy of Google)


Flavor Right Premium Dessert and Pastry Topping (picture courtesy of Google)

Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping (picture courtesy of Google)

2) Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream
Dairy Whipping Cream atau UHT whipping cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipping Cream (35 % lemak susu).
Kegunaan:
Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu (kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis) atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik. [citation]
Dairy Whipping Cream (yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream) tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. [citation]
Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat). Ia boleh digantikan (substitute) dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan. (rujuk: ingredient substitution)
Penyimpanan dan cara guna:
Seperti non-dairy whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam freezer. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, beaters dan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Kek yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini (contoh: triffle atau tiramisu) mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan kek tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.
Jenis/Jenama:
Antara contoh jenama Dairy Whipping Cream yang selalu kita jumpa di pasaran di Malaysia adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream, Arla Whipping Cream, President UHT Whipping Cream dan lain-lain. [citation] Harga di pasaran di Malaysia adalah dalam RM15-RM16 bagi 1liter cecair; walau bagaimanapun ia bergantung pada tempat.
Jika terlebih pukul:
Jangan terlebih pukul adunan whipping cream kerana ia akan cair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi contoh pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat (alkali). [citation]
Contoh website untuk membuat homemade butter dan buttermilk guna whipping cream.

Arla whipping cream for cooking and whipping
Arla Whipping Cream (picture courtesy of Google)
Anchor UHT Whipping Cream - saya lebih biasa jumpa ni (picture courtesy of Google)


President UHT Whipping Cream (picture courtesy of Google)


Emborg Whipping Cream (picture courtesy of Google)

(Minta izin pemilik gambar-gambar di atas dan thank you ya)

Info adalah hasil dari pemerhatian sendiri dan pembacaan dari teman bloggers yang lain.
 
Disalin dari zachoes.blogspot.com dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Monday, 15 July 2013

Menu Ramadhan



Ramadhan datang lagi,  selari dengan meningkatnya usia,  diharapkan kita akan lebih perihatin dan berpada dalam memilih menu samaada untuk bersahur apatah lagi ketika berbuka.  Seharusnya pengambilan sayur-sayuran da buah-buahan diberi keutamaan kerana ia amat elok untuk sistem penghadaman apatah lagi kita tidak dapat mengambil minuman yang mencukupi sepanjang berpuasa.  

Ramadhan adalah untuk mengambil kesempatan menambah pahala sebanyak mungkin bukan melayan nafsu makan yang tidak berkesudahan.  makan,  bila bilapun boleh makan tapi Ramadhan hanya sebulan dalam setahun Hijrah maka jom kita rebutkan tawaran istimewa durian runtuh dari Allah.



Thursday, 4 July 2013

Kek Kukus Buah-buahan





Kek Kukus Buah-buahan baru keluar dari oven,  masih telanjang dan malu malu.







Kek yang sama selepas dimakeover seadanya.  Nampak manis menawan penuh kesederhanaan.  Namun ia adalah kek kukus buah-buahan yang mewah dengan isian  buah-buahan kering, lembab dan kurang manis.  Sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang istimewa.

Saturday, 29 June 2013

Teknik dan Petua Menghias Kek Cawan

 Frosting cupcakes options are numerous and various. There are many different options for frosting cupcakes and different techniques to follow to match frosting cupcakes’ style and taste. When it comes to the taste, there are many flavors you can use when frosting cupcakes, such as Chocolate, Lemon cream cheese, honey cream cheese, pumpkin cream cheese, vanilla, caramel, cinnamon marshmallow and many others. The   options are endless and they are all tasty!
Frosting cupcakes are easy to make
Some people think it’s very difficult to make frosting cupcakes at home. I believe that the most difficult step in making frosting cakes is piping the frosting cakes. However, all what you need to make an elegant piping for frosting cupcakes is to be patient and to keep making them to get the best results! Piping is much better, quicker and fancier than spreading frosting on your cupcakes.
I am going to show you how to make a simple piping for frosting cupcakes easily. Let’s start!

Piping for frosting cupcakes

you need many things for making good frosting cupcakes
You will need the following ingredients in order to make a good piping for you frosting cupcakes:
  • A large pastry bag
  • A wilton 2D tip (a closed star tip) or 1M tip ( an open star tip)
  • A batch of thick and sweet icing
  • Some cupcakes which are baked and cooled well

How to make piping for frosting cupcakes?

How to make piping for frosting cupcakes
  1. Hold your piping or pastry bag straight up; you have to start frosting cupcakes from the outer side. Make a swirl around the outside rim.
  2. Squeeze the piping bag with a little pressure on  while you are working.
  3. Keep squeezing and swirling around the whole cupcake outside edge until you get a circle of the icing on your frosting cupcakes.
  4. When the first layer is complete, start making another layer.
  5. Start piping from the outside edge and keep working toward the center.
  6. When you finish piping in the center, release the pressure you make on the piping bag and pull it straight up.
  7. You can use sprinkles for decorating while frosting cupcakes.
That’s it! As I said before, it is not that difficult piping on your frosting cupcakes. Just be patient and practice.
How to decorate your frosting cupcakes
There are some tips that will greatly help you to get the most delicious frosting cupcakes ever:

Tips for making good frosting cupcakes

  • Make sure that the ingredients you use for making frosting cupcakes such as milk and butter are all fresh. This will help you avoid getting a thin frosting that you can’t hold its shape well.
  • If you want to make your frosting cupcakes much quicker, put a large bowl in the fridge for 10 minutes, and then you can put the icing in it. This will help keep it firm when you are making frosting cupcakes.
  • The frosting should be soft in order to be easily spread on the cupcakes.
  • If you find that frosting is too solid and stiff, you can add a tablespoon of milk until you get the consistency you like.
  • Be keen that you don’t use too much liquid in your frosting in order to get a thick icing for your frosting cupcakes.
  • If you find that your icing is somehow thin, you can put it in the fridge to make it a little bit stiff or you can add some powdered sugar
Tips for frosting cupcakes
It’d be great if you send me pictures of the cupcakes you made to theduke@thecookduke.com so I can post the pictures on my site.
Happy Cooking :)

Terima kasih kepada theookduke.com

Seni Menghias Kek Cawan


{Cupcake Decorating} Basic Icing/Frosting Piping Techniques














ninerbakes_frosting_piping_techniques_02_cupcake_decorating

Wednesday, 26 June 2013

Pecan Butterscotch Cake


Ini adalah kek yang sangat digemari ramai,  kek yang sangat mewah dengan rasa yang sukar digambarkan,  hanya penggemarnya saja dapat membayangkan sensasinya rasa dan aromanya.



Berpadanan dengan harganya yang termasuk dalam golongan kek termahal,  membuatnya juga tidaklah semudah yang dijangka.  Bermula dengan dengan menyediakan kek Span Vanilla,  Isian Karemel Pecan,  Sos Butterscotch, Coklat Ganache dan akhirnya isian Krim Butterscotch yang mengambil masa anggaran 2 ke 3 jam, kek ini memang berbaloi. 

Sunday, 16 June 2013

Asas Penggunaan Oven



A)Posisi Oven (Oven Position)
Apabila kita membuka pintu oven, kita akan dapati terdapat 3 level untuk meletakkan tray. Berikut adalah kegunaan level - level tersebut :

1) Top Level (Level Atas) - untuk quick cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang tinggi.

2) Middle Level (Level Tengah) - untuk masakan yang memerlukan darjah kepanasan sederhana.

3) Bottom Level (Level Bawah ) - untuk slow cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang rendah.


B)Suhu Oven dan conversion dalam Fahrenheit
  • 160ºC = 325ºF
  • 180ºC = 350ºF
  • 190ºC = 375ºF
  • 200ºC = 400ºF

C) Temperature Range
  • Cool/slow - 110 - 140ºC | 225 - 275ºF | Gas 1/4 - 1
  • Moderately slow - 150 - 160ºC | 300 - 325ºF | Gas 2 - 3
  • Moderate/warm - 180 - 190ºC | 350 - 375ºF | Gas 4 - 5
  • Moderately hot - 190 - 220ºC | 375 - 425ºF | Gas 5 - 6
  • Hot - 220 - 230ºC | 425 - 450ºF | Gas 6 - 8
  • Very hot - 250 - 260ºC | 475 - 500ºF | Gas 9 - 10

D) Memasak Kek, Roti, Pai
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu yang betul seperti di dalam resepi.
  • Gunakan setting api : Top and Bottom Heat

E) Toast (pizza, sandwich, roti bakar)
  • Gunakan setting api : Top Heat
  • Letakkan pizza di atas tray dan bakar di atas wire rack.

F) Grill (Memanggang seperti kebab)
  • Gunakan skewer (besi pencucuk makanan) dan basting tray
  • Gunakan api setting : Top Heat dan sentiasa pusingkan kebab.

G) Panduan Keselamatan Menggunakan Oven
  • Jangan panaskan air di dalam oven
  • Jangan cuba masak telur di dalam oven
  • Jangan gunakan oven untuk memanas ruang rumah atau dapur
  • Jangan biarkan oven tanpa jagaan terutama jika ada kanak - kanak.
  • Jangan gunakan oven untuk menyimpan barangan.
  • Sentiasa pastikan sekeliling oven bersih.
  • Jauhkan oven dari beg, tuala, peralatan dapur, langsir dan barang - barang mudah terbakar.
  • Sentiasa gunakan sarung tangan untuk mengeluarkan tray yang panas.

Monday, 10 June 2013

Conversion

TUKARAN
CECAIR
 
 1   lb     =     454    gm
 1   oz    =     28      gm
 1   kg    =    2.2      lb
 16 oz    =    454     gm 
 
 1     oz     =     30    ml
 1     cwn  =     230  ml
 1     tbs    =     15    ml
 1     tsp    =      5     ml
MENTEGA
TELUR (A)
1   cwn   =   230 gm
1   tbs      =   15   gm
1   tsp      =   5     gm
 1    biji          =     50     gm
 1    kuning   =     19     gm
 1    putih      =      28    gm
TEPUNG ROTI
TEPUNG KEK
 
1   lb        =     368    gm
1   cwn   =     135    gm
1    tbs     =     8        gm
1    tsp     =     3        gm
 
1   lb        =     385    gm
1   cwn   =     130    gm
1    tbs     =     10      gm
1    tsp     =     4        gm
GULA
GULA AISING
 
1   lb        =     450    gm
1   cwn   =     200    gm
1    tbs     =     15      gm
1    tsp     =     5        gm
 
1   lb        =     400    gm
1   cwn   =     130    gm
1    tbs     =     9        gm
1    tsp     =     3        gm
TEPUNG JAGUNG
SERBUK KOKO
 
1   lb        =     400    gm
1   cwn   =     130    gm
1    tbs     =     8        gm
1    tsp     =     3        gm
 
1   lb        =     455    gm
1   cwn   =     90    gm
1    tbs     =     6        gm
1    tsp     =     2        gm
BAKING POWDER & SODA
REMPAH
 
1    tbs     =     14      gm
1    tsp     =       5      gm
 
1    tbs     =     6        gm
1    tsp     =     2        gm
GARAM
GELATIN
 
1    tbs     =     15      gm
1    tsp     =       5      gm
 
1    tbs     =     9       gm
1    tsp     =     3       gm
SUHU
PANJANG
 
212ºF       =     100ºC               
275ºF       =     130ºC          
300ºF       =     149ºC
325ºF       =     163ºC                         
350ºF       =     177ºC
375ºF       =     191ºC               
400ºF       =     204ºC           
450ºF       =     232ºC              
 500ºF      =     260ºC          
 
½    in      =    1     sm
1     in      =    3     sm
4     in      =    10   sm
6     in      =    15   sm
7     in      =    18   sm
8     in      =    20   sm  
9     in      =    23   sm
10   in      =    25   sm
12   in      =    30   sm

Sunday, 9 June 2013

Whipping Cream


Whipping Cream for Topping dari pelbagai jenama

Sejenis dairy whipping cream dari jenama Pauls

Baru-baru ini seorang pengunjung blog saya dari Australia bertanyakan tentang whipping cream atau dalam bahasa Melayunya krim segar/krim putar/krim pukul. Beliau mengatakan whipping cream yang telah diputar tidak berapa kembang tetapi berair dan tidak cantik disapukan pada kek.

Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat 2 jenis krim putar iaitu Dairy Whipping Cream dan Non-Dairy Whipping Cream For Topping . Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama. Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.


Manakala Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.


Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan.Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan. Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada kek.Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek .

Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:

Friday, 7 June 2013

1) Susu Segar
-Susu yang diperolehi daripada lembu yang dipelihara dengan sempurna (seperti gambar di atas). Tetapi selalunya Pusat Pengumpulan Susu akan menyimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3-4 darjah selsius(aku tak tau nak buat tanda 'darjah' macam mana :p) untuk membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat dalam susu. Khasiat yang boleh didapati ialah lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protein, vitamin dan galian.

2) Susu Pekat
-susu yang diperolehi dengan proses sejat susu sebahagian daripada airnya atau membancuh konstituen susu. Terdapat dua jenis iaitu susu sejat tawar dan susu sejat manis(tambahan gula..ala yang mamak selalu tambah dalam teh tarik tu)

3) Susu Pasteur
-susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi melalui Kaedah Holding atau Kaedah Susu Tinggi Masa Singkat.

3) Susu Steril
-Susu yang telah ditapismdan dihomogenkan dan dinaikkan suhu kepada tidak kurang 106 darjah celcius selama tempoh yang mencukupi dan dipek ke dalam bekas kedap.

5) Susu Ultra Tinggi
-Atau susu UHT adalah susu yang telah dirawat pada suhu tidak kurang daripada 135 darjah celcius sekurang-kurangnya 2 saat, dan dipek secara aseptik ke dalam bekas yang steril.

6) Susu skim
-Atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.

7) Susu campuran Semula
-Susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua-duanya sekali dan dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.

8) Susu Tepung Penuh Krim
-Susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.

9) Susu Tepung Skim
-Susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemak tidak lebih daripada 1.5 peratus.

10)Susu Isian
-Susu yang merupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.

11) Susu Hidrolisis Laktosa
-Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa atau galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susus ini dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadamkan susu laktosa

12)Susu Berperisa
-Susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewarna dan kondidioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh sama ada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.

13)Dadih
-Merupakan produk susu segar. Ia adalah susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengandungi gula, tepung jagung/susu skim, atau/dan bahan perisa yang dibenarkan.

*Sumber dari majalah Rapi

Thursday, 6 June 2013

Macam macam jenis gula

Jenis-jenis gula dan berbagai produk terkait

Kata-kata yang dicetak miring dapat ditemukan pengertiannya di bagian lain di daftar ini.
  • Brix (derajat): suatu pengukuran yang digunakan untuk menentukan jumlah gula dalam sebuah larutan, berdasarkan pada pembiasan cahaya. Terutama digunakan dalam industri minuman ringan dan minuman buah.
  • Dekstrosa : Istilah bahasa Inggris untuk glukosa.
  • Fruktosa (padanan kata levulosa, gula buah): gula yang agak manis (1,7 kali lebih manis dari gula biasa) umumnya didapat dari buah-buahan dan madu.
  • Galaktosa: suatu gula yang tidak umum dijumpai dalam makanan, kecuali sebagai bagian dari jenis gula yang lain, seperti laktosa (gula susu) dan raffinosa (gula dalam kacang-kacangan). Seringkali merupakan bagian dari komponen dinding sel tanaman.
  • Glukosa (padanan kata dekstrosa): gula yang terdapat pada berbagai tanaman, juga dalam darah. Sumber energi yang utama bagi tubuh. Kurang manis dibandingkan sakarosa.
  • Gula: umumnya digunakan sebagai padanan kata untuk sakarosa. Secara kimiawi gula identik dengan karbohidrat.
  • Gula anggur : padanan kata dari glukosa.
  • Gula Barbados : gula tebu yang berwarna coklat.
  • Gula Barley : bukan termasuk gula, melainkan permen Amerika yang keras dan memiliki citarasa jeruk lemon, terbuat dari cairan barley dengan penambahan gula.

  • Gula batu : tidak semanis gula granulasi biasa, gula batu diperoleh dari kristal bening berukuran besar berwarna putih atau kuning kecoklatan. Kristal bening dan putih dibuat dari larutan gula jenuh yang mengalami kristalisasi secara lambat. Gula batu putih memiliki rekahan-rekahan kecil yang memantulkan cahaya. Kristal berwarna kuning kecoklatan mengandung berbagai karamel. Gula ini kurang manis karena adanya air dalam kristal.

  • Gula Bit : gula kristal putih (sakarosa) yang diperoleh dari tanaman bit.
  • Gula bubuk : Gula granulasi (gula pasir) bubuk, juga dikenal sebagai gula ‘confectionary'. Gula ini didapat dari penghancuran secara mekanis sehingga tidak ada cristal-kristal yang tertinggal. Terkadang gula ini dicampur dengan sedikit pati atau bahan anti kempal untuk mencegah penggumpalan.
  • Gula Castor : Gula castor atau caster adalah nama dari gula pasir yang sangat halus, terdapat di Britania. Dinamai demikian karena ukuran butirannya sangat kecil sehingga dapat ditaburkan dari wadah berlubang-lubang kecil. Karena kehalusannya, gula ini lebih cepat larut dibandingkan gula putih pada umumnya, dan oleh karenanya gula ini secara khusus bermanfaat dalam pembuatan ‘meringues' dan cairan dingin. Gula ini tidaklah sehalus gula bubuk yang dihaluskan secara mekanis (dan biasanya dicampur dengan sedikit pati untuk menghindari penggumpalan).

  • Gula Coklat : gula yang ditambah dengan sedikit molase (tetes) untuk memberikan citarasa dan warna.

  • Gula Dekorasi : lihat gula sdaning.
  • Gula Gelatin (padanan kata gula gel, gula selai/ jam): campuran dari gula granulasi dan pektin. Digunakan dalam pembuatan selai dan ‘marmelade'.

  • Gula Granulasi (Gula pasir) : Kristal-kristal gula berukuran kecil yang pada umumnya dijumpai dan digunakan di rumah (gula pasir).

  • Gula inversi : Gula inversi dibuat dengan menggabungkan sirup gula dengan sedikit asam (seperti pada krim tartar atau jus lemon) dan pemanasan. Proses ini mengubah, atau memecah, sakarosa menjadi dua komponen, glukosa dan fruktosa, sehingga menurunkan ukuran kristal-kristal gula. Karena struktur kristalnya yang halus, gula inversi menghasilkan produk yang lebih halus dan digunakan dalam pembuatan berbagai jenis permen seperti fondant, dan berbagai sirup. Proses pembuatan jam dan selai secara otomatis menghasilkan gula inversi dengan menggabungkan asam alami dalam buah dengan gula granulasi dan memanaskan campuran tersebut.
  • Gula Jagung: glukosa yang diperoleh dari jagung.
  • Gula Jawa : gula yang mengalami pemurnian sebagian, berasal dari Indonesia. Terbuat dari tebu ataupun palm (kelapa).
  • Gula kristal: gula bit atau tebu berbentuk granulasi seperti gula pada umumnya, lihat sakarosa. Dijual dalam bentuk gula butiran/pasir atau dicetak dalam bentuk gula kubus.

  • Gula Malt: lihat maltosa.
  • Gula meja: gula tebu atau gula bit butiran pada umumnya, lihat sakarosa.
  • Gula Muscovado : gula coklat gelap.
  • Gula mutiara (Pearl sugar) : lihat gula sdaning.
  • Gula Palma (kelapa/ kurma) : gula yang didapatkan dari palma ataupun kurma.Terutama mengandung sakarosa.
  • Gula sangat halus: suatu jenis gula di USA. Merupakan gula granulasi yang sangat halus, lihat gula Castor.
  • Gula Sdaning: Gula Sdaning merupakan gula kasar atau gula dekorasi. Kristalnya berukuran 4 kali lipat lebih besar dari gula granulasi pada umumnya. Digunakan untuk menghias makanan-makanan yang dipanggang dengan oven .

  • Gula Spun (Spun sugar) : gula lembut hasil dari pendidihan gula sehingga dapat dibentuk dan digunakan untuk dekorasi berbagai hidangan penutup. Pembuatan gula spun diawali dengan pemasakan gula, air dan krim tartar hingga menjadi keras tapi tetap mudah dibentuk. Kemudian dapat dibentuk seperti gumpalan helaian benang dengan menggunakan garpu pengocok dan dioleskan ke permukaan kue untuk dekorasi

  • Gula susu: lihat laktosa.
  • Gula Tebu : gula kristal putih (sakarosa) yang diperoleh dari tanaman tebu. Terkadang dijual dalam bentuk gula coklat (brown sugar) di Eropa.
  • Gula Vanila : gula beraroma dan citarasa harum yang khas dibuat dengan cara memendam biji-biji vanilla dalam gula pasir; biasanya dengan takaran dua biji vanila untuk setiap satu pound gula. Campuran tersebut disimpan dalam wadah kedap udara selama sekitar satu minggu sebelum biji-biji vanila tadi dipisahkan kembali. Hasilnya berupa gula dengan rasa dan aroma yang harum yang dapat digunakan untuk bahan baku ataupun penghias ‘baked goods', buah dan hidangan penutup lainnya. Biji-biji vanila dapat digunakan kembali sampai dengan dengan 6 bulan. Gula Vanilla dapat juga dibuat dari ekstrak vanillin (vanili) murni. Citarasanya sama kuatnya dengan vanilla tetapi tetap dapat dibedakan. Gula ini dinamai gula-vanillin.
  • Gur (padanan kata jaggery): gula yang mengalami pemurnia n sebagian, berasal dari India. Terbuat dari tebu ataupun palm (kelapa).
  • HFCS : High Fruktose Corn Syrup (Gula Jagung Kaya Fruktosa). Suatu sirup yang didapatkan dari pati jagung. Mula-mula pati dipecah menjadi glukosa secara enzimatis, kemudian glukosa ini diubah lagi secara enzimatis menjadi fruktosa yang memiliki rasa lebih manis. Digunakan sebagai pemanis kadar tinggi.
  • Icing (Icing sugar) : gula bubuk yang digunakan sebagai krim gula (gula pelapis) pada cake.

  • Jaggery (padanan kata gur): gula yang mengalami pemurnian sebagian, berasal dari India. Terbuat dari tebu ataupun palm (kelapa).

  • Karamel : berbagai produk yang diperoleh dari hasil pemanasan gula. Senyawa-senyawa ini berwarna coklat hingga hitam dan menghasilkan aroma khas. Digunakan sebagai pewarna makanan dan aroma rasa.
  • Laktosa: gula yang terdapat pada susu, suatu kombinasi dari galaktosa dan glukosa.
  • Levulosa : padanan kata untuk fruktosa
  • Madu : merupakan larutan 80% gula dalam air. Gula utama yang ada dalam madu adalah fruktosa, glukosa dan sakarosa.

  • Maltosa (padanan kata gula malt) : gula yang terdapat pada malt dan bir.
  • Sirup Mapel : sirup yang didapatkan dari pohon mapel yang terdapat di America Utara. Sirup ini merupakan larutan 70% sakarosa dan glukosa dalam air. Penyusun utamanya adalah sakarosa.

  • Melis : jenis gula meja pada umumnya, yang agak halus. Dari kawasan Skandinavia.
  • Molase : Produk samping dari pembuatan gula, berwarna coklat. Terutama tersusun dari berbagai karamel dan mineral. Dipakai dalam pembuatan gula coklat (brown sugar).

  • Oligosakarida : karbohidrat rantai pendek yang didapatkan dari polisakarida berukuran besar atau dengan proses enzimatis. Banyak terdapat dalam tanaman (kacang-kacangan, bawang) atau susu. Rasanya tidak manis atau sedikit manis. Digunakan sebagai prebiotik, bukan untuk pemanis produk.
  • Panela: lihat piloncillo
  • Panocha: lihat piloncillo
  • Pemanis: senyawa pemanis bukan karbohidrat. Kebanyakan merupakan pemanis buatan tetapi beberapa di antaranya adalah pemanis alami. Tingkat kemanisan pemanis berkisar dari 0,8 kali manisnya gula (seperti misalnya sorbitol) hingga 2000 kali (protein thaumatin).
  • Piloncillo (padanan kata panela, panocha): gula tebu dari Mexico yang mengalami pemurnian sebagian. Gula ini dicetak dalam bentuk kerucut; namanya berarti menara kerucut kecil .

  • Sakarosa (padanan kata sukrosa, gula meja, gula kristal): nama kimia resmi dari jenis utama gula dan gula ini terutama digunakan dalam berbagai produk maupun di rumah tangga.
  • Sirup : suatu larutan yang sangat kental berupa gula dalam air. Kandungan gula berkisar 50-80%.
  • Sukrosa : Istilah bahasa Inggris untuk sakarosa.
Gambar-gambar dari :

Maklumat dari Food-Info.net