"Extra Delicious "

Friday 7 June 2013

1) Susu Segar
-Susu yang diperolehi daripada lembu yang dipelihara dengan sempurna (seperti gambar di atas). Tetapi selalunya Pusat Pengumpulan Susu akan menyimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3-4 darjah selsius(aku tak tau nak buat tanda 'darjah' macam mana :p) untuk membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat dalam susu. Khasiat yang boleh didapati ialah lemak dan pepejal bukan lemak seperti laktosa, protein, vitamin dan galian.

2) Susu Pekat
-susu yang diperolehi dengan proses sejat susu sebahagian daripada airnya atau membancuh konstituen susu. Terdapat dua jenis iaitu susu sejat tawar dan susu sejat manis(tambahan gula..ala yang mamak selalu tambah dalam teh tarik tu)

3) Susu Pasteur
-susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi melalui Kaedah Holding atau Kaedah Susu Tinggi Masa Singkat.

3) Susu Steril
-Susu yang telah ditapismdan dihomogenkan dan dinaikkan suhu kepada tidak kurang 106 darjah celcius selama tempoh yang mencukupi dan dipek ke dalam bekas kedap.

5) Susu Ultra Tinggi
-Atau susu UHT adalah susu yang telah dirawat pada suhu tidak kurang daripada 135 darjah celcius sekurang-kurangnya 2 saat, dan dipek secara aseptik ke dalam bekas yang steril.

6) Susu skim
-Atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.

7) Susu campuran Semula
-Susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua-duanya sekali dan dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.

8) Susu Tepung Penuh Krim
-Susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.

9) Susu Tepung Skim
-Susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemak tidak lebih daripada 1.5 peratus.

10)Susu Isian
-Susu yang merupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.

11) Susu Hidrolisis Laktosa
-Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa atau galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susus ini dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadamkan susu laktosa

12)Susu Berperisa
-Susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewarna dan kondidioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh sama ada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.

13)Dadih
-Merupakan produk susu segar. Ia adalah susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengandungi gula, tepung jagung/susu skim, atau/dan bahan perisa yang dibenarkan.

*Sumber dari majalah Rapi

No comments:

Post a Comment